<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5571508315649083130?origin\x3dhttp://mymalayproject.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> cerita saya
Friday, November 28, 2008
Pilihan Antara Dua

Seringkali kita perlu memilih dua jalan dalam kehidupan kita. Contohnya, tahun lepas, aku dikehendaki untuk memilih subjek untuk peperiksaan peringkat 'O' saya untuk tahun hadapan. Cepatnya masa berlalu dan kini aku sedang menunggu kedatangan tahun 2009 dengan hati yang berdebar-debar.

Sebagai seorang remaja, kadang kala, pilihan ini memang susah. Kita hendak keluar untuk bermain bersama rakan-rakan kita tetapi kita juga perlu menyelesaikan banyak kerja. Oleh itu, hari ini, aku telah membuat pilihan aku untuk tinggal di rumah dan membersihkan bilikku.

Bilikku memang susah untuk dibersihkan oleh kerana koleksi buku telah melebihi kemampuan almariku untuk menampungnya. Juga, perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina akan datang dan aku perlu membersihkannya sekarang juga. Jikalau tidak, aku tidak akan mempunyai masa yang lapang oleh kerana aku perlu menyertai dua majlis perkahwinan pada minggu hadapan. Minggu hadapan itu juga aku mempunyai banyak aktiviti kokurikulum.

Selain itu, aku juga perlu bersedia untuk peperiksaan pada hari esok.

Pembaca tentu berasa bahawa aku ialah seorang yang tiada nyawa sosial, seperti lingo remaja kini dalam bahasa inggeris, "No life". Tetapi, aku tidak berasa bahawa nyawaku bosan.

Kadang-kala aku akan memikirkan mengapakah aku suka membuat perkara-perkara yang banyak remaja kini berasa leceh, bosan dan tidak penting. Aku suka membaca. Aku juga tidak tidak suka membuat kerja rumah atau projek sekolah. Aku juga berasa bahawa aktiviti kokurikulumku sungguh seronok kerana aku selalu mempelajari sesuatu baru daripadanya, sesuatu yang aku tiada peluang untuk mempelajari di dalam bilik darjah dan juga buku-buku.

Ya, aku setuju bahawa ia sungguh letih tetapi aku ialah seorang yang mesti mempunyai sesuatu aktiviti dalam jadualku pada setiap hari. Jikalau aku hanya lepak dalam bilik rumahku di hadapan televisyen atau komputer, aku akan berasa bahawa hari itu telah tersia-sia. Adakah aku seorang "workoholic"?

Aktiviti yang aku berasa ialah permainan juga sangat berbeza dengan kebanyakan rakan-rakanku. "Permainan" aku ialah membuat kuih dan peralatan jewellery manakala permainan banyak remaja ialah permainan komputer dan menonton televisyen. Aku tahu perangai aku memang aneh dan oleh itu aku berasa sungguh gembira kadang-kala kerana aku mempunyai kawan-kawan dan rakan-rakan yang menerima pernangaiku dengan tangan terbuka.

Sebaliknya, aku juga suka keluar berjalan-jalan dan menonton wayang bersama kawan-kawan. Tetapi, masa ialah faktor dan, pada pendapat saya, setiap kali jika aku keluar bersama rakan-rakan, tentu wang duit akan digunakan. Ekonomi kini tidak baik dan, dengan sedikit-dikit, aku cuba menghapuskan masa-masa apabila aku perlu meggunakan duit.

Aku kini tidak mempunyai apa-apa masalah kewangan, tetapi aku percaya bahawa lebih bagus jika satu masalah dielakkan daripada mencari jawapan untuk mengatasi sesuata masalah. Juga, kita perlu sentiasa sediakan payung sebelum hujan.

Mungkin.. aku bukan sahaja seorang yang sentiasa sibuk, tetapi juga seorang yang sentiasa risau juga.



Penulis
Tema projek ini ialah untuk membuktikan bahawa remaja memang mempunyai fikiran yang matang.

Pendahuluan
Penulis ingin menulis mengenai sesuatu perkara yang sedang merunsing minda remaja pada masa kini dan juga meluahkan kerisauannya mengenai generasinya yang kini.

Bab

Berbahasa Melayu