Teknologi kini ialah sesuatu yang terilham dalam kehidupan kita. Dewasa, remaja atau kanak-kanak semua akan mula meremut apabila mereka tiada akses kepada telefon bimbit, internet, komputer atau permainan moden mereka.
Banyak murid kini juga mempunyai lelaman blog mereka diri sendiri. Mereka suka blog mengenai kehidupan mereka dan juga memuat naik gambar-gambar mereka. Tetapi, kadang-kala, teknologi ini disalah gunakan.
Segelintir remaja-remaja kini menggunakan blog untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. Mereka tidak berani menghadapi orang yang mereka mempunyai masalah terhadap. Malah, mereka menaip keburukan orang tersebut pada lelaman blog.
Terdapat juga orang yang diserang dalam internet. Blog mereka diserang oleh "spammers" yang menulis kritikan yang tidak semestinya tepat pada komen orang tersebut.
Aktiviti-aktiviti tersebut dipanggil sebagai "online bullying". Walaupun ia ialah satu aktiviti yang tidak baik, tren ini semakin naik.
Di negara Amerika Syarikat, terdapat remaja-remaja yang membunuh diri sendiri oleh kerana diujik oleh rakan-rakan mereka. Mangsa berasa sungguh sengsara kerana semua rakan-rakan mereka akan mula ke lelaman blog untuk menghuntuknya. Lama-kelamaan, ia akan dibawa dari dunia virtual kepada dunia benar. Emosi mangsa memang terhiris dan kesepian hidup mereka akan mendesak mereka untuk membunuh diri apabila minda mereka terliar.
Oleh kerana ujikan ini, mangsa mungkin juga akan mencederakan orang lain.
Kehidupan moden kita ini memang baik kerana ia membolehkan kita untuk menyiapkan kerja dengan tepat dan berkomunikasi dengan lebih cepat dan murah. Malah, oleh kerana sikap orang yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan teknologi yang diperbuat untuk suatu alasan yang baik menjadi sesuatu yang buruk.
Ya, kita memang bertanggung kepada teknologi-teknologi moden kini tetapi kita juga perlu menggunanya dengan bertanggungjawab.