<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5571508315649083130?origin\x3dhttp://mymalayproject.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> cerita saya
Wednesday, December 10, 2008
Kembali Ke Masa Dahulu

Aku baru kembali ke rumah daripada Malaysia kerana aku diperlui untuk menghadiri dua majlis perkahwinan saudara-mara. Secara kebetulan juga, bekas rakan sekelasku daripada sekolah rendahku di sana juga telah mengadakan majlis pengumpulan untuk semua bekas rakan-rakan yang telah tukar ke sekolah lain atau, rakan-rakan yang, seperti aku, telah berhijrah ke negara lain, sehari sebelum majlis perkahwinan itu.

Berada di situ telah menimbulkan perasaan nostalgia dalam diriku. Banyak rakan-rakanku kelihataan lebih matang, cantik dan ada juga yang lebih tinggi. Ada segelinir daripada mereka yang telah aku berkawan selama lebih daripada separuh umurku.

Kedua-dua majlis perkahwinan juga telah membolehkan aku untuk bertemu dengan saudara-mara yang aku tidak pernah lihat sejak pengebumian datuk dan nenekku.

Lawatan ini telah mengembalikan banyak memori yang telah terhilang dalam mindaku. Aku diingati oleh memori-memori tersebut mengenai siapa ialah "aku" yang benar dan di mana aku dibesarkan.

Walaupun aku telah berhijrah ke sini selama tiga tahun dan telah membiasakan diri sendiriku untuk memanggil tanah air ini sebagai "rumah" aku, namun tempat ini bukan tempat yang aku dibesarkan. Aku percaya bahawa tanah air ini ialah di mana masa hadapanku dibentang namun hatiku akan sentiasa mempunyai satu kawasan yang lembih untuk Malaysia. Ia bukan lagi kediamanku tetapi ia ialah tempat di mana banyak memori masa kanak-kanakku disimpan.



Penulis
Tema projek ini ialah untuk membuktikan bahawa remaja memang mempunyai fikiran yang matang.

Pendahuluan
Penulis ingin menulis mengenai sesuatu perkara yang sedang merunsing minda remaja pada masa kini dan juga meluahkan kerisauannya mengenai generasinya yang kini.

Bab

Berbahasa Melayu